fb fb fb fb fb

Kerjasama UMNO-PAS, saranan kerjasama melalui Muafakat Nasional tidak ikhlas

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

CYBERJAYA, 25 Februari - Tawaran PAS untuk mewujudkan semula kerjasama dengan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN) dianggap tidak ikhlas.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak yakin parti itu benar-benar serius untuk bergabung dengan UMNO.

Sebelum itu, Ahmad Zahid berkata, PAS juga disifatkan telah mengkhianati UMNO kerana bertindak melebihi daripada apa yang dipersetujui secara bersama.

"Kita menyantuni kenyataan beliau itu tetapi beliau tidak dapat buat keputusan. Keputusan dibuat oleh Jawatankuasa PAS pusat dan akan dibincang Majlis Syura.

"“Kami tidak fikir mereka ikhlas dalam buat tawaran itu kerana yang keluar dari MN bukan UMNO tetapi mereka. Mereka menikam kami dari belakang, mereka lakukan kerenah melebihi daripada apa yang kita setujukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan PEWARIS di Cyberview Resort & Spa, di sini.

Terdahulu, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata beliau yakin kerjasama antara parti itu dan UMNO masih boleh dihidupkan kembali melalui MN.

Untuk rekod, MN adalah kerjasama yang dibentuk pada 14 September 2019 susulan Himpunan Penyatuan Ummah.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN