fb fb fb fb fb

Kerja selenggara dan ganti aset LRA SSP1 dijangka siap malam ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 5 Jun- Air Selangor memaklumkan kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah bermula hari ini.

Menerusi satu kenyataan, syarikat konsesi air milik kerajaan negeri Selangor menjelaskan, kerja-kerja tersebut dimulakan pukul 9 pagi tadi dan dijangka siap pukul 7 malam ini .

Para pengguna pula akan menerima air secara berperingkat bermula pukul 3 pagi esok setelah sistem air utama stabil. .

Waktu pemulihan penuh bagi kawasan terlibat dijangka pukul 12 tengahari, Jumaat 7 jun 2024 .

Untuk makluman, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air ke premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Bantuan bekalan air alternatif menerusi 13 Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi yang tersenarai.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE