KUALA LUMPUR, 22 Mac- Kerja penambakan Pulau Silikon di George Town tidak menjejaskan jumlah udang di kawasan berkenaan.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata tiada dapatan saintifik membuktikan kerja penambakan itu telah menjejaskan hasil tangkapan laut.
Beliau berkata pada Disember 2023, hasil tangkapan udang kekal tinggi iaitu melebihi 4,000 kilogram, lebih banyak berbanding jumlah pendaratan udang sebelum penambakan dimulakan.
Sehubungan itu, Muhammad Faiz meminta kerajaan negeri beri perhatian dalam aspek tersebut termasuk membesarkan bot nelayan, memodenkan peralatan serta meningkatkan kemahiran dengan insentif modal serta latihan.
Sebelum ini, Pertubuhan Jaringan Ekologi dan Iklim mendakwa penurunan ketara dalam kadar tangkapan terutamanya udang besar sejak penambakan dimulakan September lepas.