
MELAKA, 6 Februari- Kerja-kerja awal tapak bagi Taman Teknologi Jerman (GTP) kini siap lebih 40 peratus untuk fasa pertama melibatkan keluasan 121.72 ekar.
- Kerja awal tapak fasa pertama GTP siap lebih 40 peratus melibatkan 121.72 ekar.
- Pembangunan termasuk pelbagai lot industri, kilang teres, separa berkembar dan kuarters pekerja.
- GTP fokus kepada industri R&D seperti automasi, elektronik, peranti perubatan dan teknologi hijau.
Pembangunannya akan merangkumi 22 lot tanah industri, 45 unit kilang teres, 64 unit kilang separa berkembar serta kuarters pekerja berpusat.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata seterusnya fasa kedua pula akan melibatkan keluasan tambahan 296.91 ekar.
“Walau bagaimanapun, ia tidak terhad kepada teknologi yang datang kepada Jerman. Asas yang dinamakan Taman Teknologi berasaskan kepada lawatan saya ke Jerman melihat kaedah pentadbiran dan pengurusan kawasan perindustrian yang lebih teratur dan terancang yang berasaskan landskapnya pekerja Jerman.
“Begitu juga dengan tempat lain, nanti kita akan berurusan selanjutnya bagi memastikan bahawa melaka boleh menjadi hab industri di tengah-tengah di antara johor dan kuala lumpur.
“Ini memandangkan melaka lebih banyak potensi kawasan kawasan yang menjadikan pelaburan itu lebih munasabah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada pelancaran Galeri Jualan GTP di Bemban, Jasin.
Untuk rekod, GTP tersebut memberi tumpuan kepada industri berasaskan penyelidikan dan pembangunan termasuk automasi, elektrik dan elektronik, peranti perubatan, teknologi hijau, komponen aeroangkasa dan ICT.
Pelbagai kajian dan penilaian penting juga telah dilaksana bagi memastikan pembangunannya mampan dan bersedia untuk keperluan masa depan.