fb fb fb fb fb

Kereta mewah terbakar 90 peratus di Lebuhraya PLUS

FOTO BOMBA

GURUN, 18 Februari- Dua individu lelaki dan wanita berdepan detik cemas apabila nyaris maut selepas kereta mewah yang dinaiki terbakar secara tiba-tiba.

Kejadian berlaku di Kilometer 82.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat sini, Kedah, sekitar pukul 3.00 petang tadi.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada MERS 999 pada pukul 5.18 petang.
 
Sebuah jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.
 
Setibanya di lokasi, sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz CFA 200 yang diletakkan di tepi lebuh raya sedang terbakar.
 
Pemandu dan penumpang kenderaan pula dipercayai telah keluar lebih awal bagi menyelamatkan diri.
 
Bomba menggunakan dua aliran salur bantu dan api dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.50 petang.
 
Kebakaran menyebabkan kereta mewah tersebut terbakar kira-kira 90 peratus.
 
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
 
Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

1802 KERETA MEWAH HANGUS TERBAKAR 2
FOTO BOMBA
 

SITI AISHAH BINTI MD ISA