fb fb fb fb fb

Kereta hilang kawalan, seorang wanita maut akibat kemalangan di Johor

Foto Ihsan PDRM

JOHOR BAHRU, 17 April- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Pontian Lama, Iskandar Puteri, Johor Bahru pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa berusia 33 tahun hilang kawalan, berpusing sebelum masuk ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah lori.

Sebuah lagi kereta dari arah belakang turut gagal mengelak lalu merempuh belakang lori terbabit.

Mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Dua mangsa lagi iaitu pemandu lori, lelaki berumur 40 tahun dan pemandu kereta lain, wanita berusia 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM