fb fb fb fb fb

Kerangka Ekonomi MADANI, hala tuju Malaysia teraju ekonomi Asia

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 31 Disember- Kerangka Ekonomi MADANI memungkinkan hala tuju jelas untuk membentuk semula Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerangka tersebut memberi petunjuk kepada kepimpinan dan generasi penerus bagi mempasak sebuah sistem ekonomi.

Sistem ekonomi itu berteraskan prinsip manusiawi dengan ihsan, rahmah agar keadilan dapat ditegakkan bagi setiap warga Malaysia.

"Atas ikhtiar tersebut, kerajaan telah menggerakkan usaha untuk menjelmakan anjakan baharu bermula pada tahun ini, insya-Allah. Saya turut memahami bahawa tidak semua keputusan dan kebijakan kerajaan itu popular atau lekas membuahkan hasil.

"Namun, semua ini dilaksanakan dengan tekad politik yang jelas, dengan niat ikhlas serta penilaian yang teliti untuk memastikan dasar-dasar tersebut ini memberi manfaat kepada rakyat terbanyak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2025 yang disiarkan di saluran stesen televisyen tempatan.

Sementara itu, Perdana Menteri dalam amanatnya juga menyebut, pelbagai usaha dilakukan Kerajaan MADANI bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dipelihara. Antara usaha tersebut termasuk penyasaran subsidi diesel dan sebelumnya tarif elektrik.

"Yang digerakkan oleh Kerajaan MADANI untuk menutup ketirisan sekian lama dek subsidi pukal yang telah disalurkan kepada pihak yang paling kaya, yang saya sebut sebagai mahakaya dan orang asing, tiga setengah juta orang yang tidak layak menerima subsidi," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2025 yang disiarkan di saluran stesen televisyen tempatan.

Selain itu, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan kerajaan berhasrat untuk menambah peruntukan STR dan SARA sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion keseluruhannya.

Kerajaan turut menganjurkan Program Payung Rahmah di seluruh negara bagi menangani kenaikan kos sara hidup.

Berhubung kejadian banjir yang tidak diduga berlaku dengan amat teruk ia perlu ditangani dengan bijak.

Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Kerajaan MADANI akan memastikan bantuan sampai dengan segera, selain kerja pemulihan dan bantuan secepat mungkin akan diselenggara oleh semua agensi kerajaan Pusat, Persekutuan dengan kerjasama jentera negeri dan kerajaan tempatan atau jajahan.

"Operasi kesiapsiagaan sejak awal telah dirangka secara mampan agar dapat mengelak dari dampak yang buruk dari musibah tersebut.

"Insya-Allah, kita akan mampu mengharungi dan melindungi lebih banyak nyawa dari terkorban atau harta benda rosak," katanya.

Pprojek tebatan banjir di kawasan-kawasan berisiko tinggi akan diteruskan walaupun memberi kesan dan dampak perbelanjaan tinggi.

Selain itu prasarana asas seperti jalan raya, lebuh raya dan bekalan turut diberi tumpuan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI