fb fb fb fb fb

Kerajaan tumpu pengurusan subsidi lebih bersasar, mampan

KUALA LUMPUR, 25 September- Kerajaan sedang giat memikirkan mekanisme terbaik agar pemberian subsidi dijalankan secara lebih cekap, efektif dan bersasar.

Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keon berkata ia turut mengambil kira kumpulan sasar serta kesan pasaran terutama daripada segi inflasi aktiviti ekonomi negara secara keseluruhan.

"Sebagai contoh, kerajaan telah melaksanakan program pensasaran subsidi secara berperingkat mulai Januari 2023 yang membabitkan subsidi bil elektrik.

"Melalui Januari 2023, kerajaan tidak lagi memberikan susbidi penuh tarif elektrik. Ada lagi, tetapi tidak penuh. Jangan kata tiada subsidi, ada, kepada syarikat-syarikat besar terlibat yang menggunakan tenaga elektrik pada tahap yang tinggi," kata Steven di Dewan Negara.

Tambahnya, pengurusan subsidi yang lebih bersasar dan mampan menjadi keutamaan bagi memastikan perbelanjaan kerajaan dapat disalurkan kepada keperluan pembangunan yang dapat memberi nilai tambah lebih tinggi kepada ekonomi.


(Sebagai contoh, kerajaan telah melaksanakan program pensasaran subsidi secara
berperingkat mulai Januari 2023 yang membabitkan subsidi bil elektrik.)

Media Baharu