KUALA LUMPUR, 20 Disember - Kerajaan sedang meneliti cadangan penubuhan Mahkamah Komersial Antarabangsa di Malaysia, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, inisiatif itu bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama di rantau ini bagi penyelesaian pertikaian berkaitan undang-undang komersial.
Susulan itu, beliau membincangkan cadangan itu dalam pertemuannya bersama Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan pihak mahkamah di Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini.
"… dan juga mempertingkat keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam negara kita selaras dengan agenda Kerajaan Perpaduan untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia melalui model yang bersesuaian,” katanya menerusi catatan di Facebook.