fb fb fb fb fb

Kerajaan setuju teruskan bantuan PKKP

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Dr. Zulkapli Mohamed

KUALA LUMPUR, 15 Disember- Kerajaan menerusi Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Dr. Zulkapli Mohamed dalam satu kenyataan berkata, PKKP diteruskan untuk tempoh Januari hingga Disember 2024 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun 2023.

"Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan supaya bayaran PKKP dilaksanakan bagi tempoh Julai 2023 hingga Disember 2023 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan.

"Ia susulan Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen,"katanya.

Beliau berkata, pemberian bantuan PKKP merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan pesara selain menghargai sumbangan pesara semasa dalam perkhidmatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE