KUALA LUMPUR, 18 April - Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan secara dasar bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataan berkata, ke arah itu satu deraf Memorandum Persefahaman (MoU) akan dirangka terlebih dahulu dan akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.
"Perkara ini dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dihadiri pemimpin tertinggi parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan," katanya.
Beliau yang juga merupakan Ketua whip Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Mesyuarat itu turut dihadiri pemimpin tertinggi parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan.