fb fb fb fb fb

Kerajaan setuju kembalikan hak milik 55 lot tanah kepada Sabah, Sarawak

PUTRAJAYA, 18 Julai - Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengembalikan semula hak milik sejumlah 55 lot tanah kepada Sabah dan Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia membabitkan 52 lot tanah di Sarawak dan tiga di Sabah daripada keseluruhan 219 lot tanah yang dikenal pasti.

Katanya, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak akan membayar pampasan kepada Kerajaan Persekutuan berdasarkan nilai asal sewaktu awal pemilikan.

(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof)

"Jumlah pampasan dibayar pada harga ketika Kerajaan Persekutuan mengambil alih tanah tersebut. Kalau dia 20 tahun lepas, 20 tahun lepas punya nilailah, bukan pada harga sekarang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63), di sini.

Tambah Fadillah, nilai keseluruhan pampasan akan ditentukan mengambil kira sebarang kos pembangunan di lot terlibat.

Media Baharu