fb fb fb fb fb

Kerajaan sedia semak semula deskripsi tugas penjawat awam, elak rasuah

SEPANG, 23 Mac- Kerajaan sedia menyemak semula deskripsi tugas penjawat awam bagi mengurangkan punca rasuah dan salah laku dalam perkhidmatan awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata, pekeliling yang dikuatkuasakan juga perlu diubah selepas ia dilihat tidak lagi relevan dengan situasi semasa.

"Sekiranya berlaku pelanggaran dari segi amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam terutamanya penguatkuasa, kita kena kaji kenapa berlaku.

Saya setuju untuk disemak semula deskripsi tugas mereka, mungkin pekeliling penguat kuasa itu perlu diubah, tak relevan lagi, jadi kita kurangkanlah punca berlakunya rasuah," katanya dalam sidang media selepas Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan di sini.

(Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah)

Selain penjawat awam, beliau turut mengingatkan masyarakat supaya berpegang teguh kepada nilai-nilai integriti bagi mengelak daripada terbabit dengan gejala rasuah.

Menurut statistik operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu, sebanyak 828 kertas siasatan telah dibuka melibatkan salah laku rasuah dan 300 daripadanya telah disabit di mahkamah.

Media Baharu