fb fb fb fb fb

Kerajaan Sabah bimbang penahanan Zizi Kirana, Sul Aidil

Tangkap layar status Sumud Nusantara Official / FB Sumud Nusantara Official

KUALA LUMPUR, 2 Oktober - Kerajaan Sabah amat prihatin dan menzahirkan rasa kebimbangan terhadap penahanan Zizi Kirana dan Sul Aidil, dua anak Sabah yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata keberanian mereka dalam misi itu sebagai tindakan yang membanggakan rakyat Sabah dan Malaysia keseluruhannya.

"Kerajaan Negeri yakin YAB Perdana Menteri bersama YB Menteri Luar Negeri akan mencari dan mengambil langkah diplomatik terbaik dalam membantu pembebasan segera semua sukarelawan yang terlibat.

"Saya menyeru seluruh warga Sabah, tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, dan politik agar bersatu dalam memberikan solidariti terhadap perkara ini.

"Doa kita mengiringi keselamatan dan pembebasan mereka yang berjuang atas nama kemanusiaan," katanya.

Seramai 17 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) setakat pukul 7.50 pagi waktu Malaysia, selepas kapal mereka dipintas Israel.

Mereka yang ditahan termasuk Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga, dan Sul Aidil yang berada di atas kapal Alma.

BERITA BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM