fb fb fb fb fb

Kerajaan rancang Persidangan Ekonomi Islam pada Mei

Perdana Menteri, Datuk Seri anwar Ibrahim berucap ketika Majlis Ilmu Madani bersama Prof Dr. Jaaser Audah di Putrajaya pada Jumaat / Foto BERNAMA

Putrajaya, 24 Februari - Kerajaan merancang untuk menganjurkan persidangan utama ekonomi Islam yang menjangkau amalan tradisional dalam beberapa bulan akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata asas-asas perundangan Islam tidak boleh diabaikan tetapi pada masa yang sama, wacana ekonomi Islam tidak seharusnya hanya tertumpu kepada subjek perbankan dan kewangan tertentu sahaja.

"Kita akan mengadakan Persidangan utama ekonomi Islam yang menjangkaui amalan taridisional keilmuan dalam beberapa bulan akan datang.

"Insya-Allah berkemungkinan besar pada penghujung Mei tahun ini", kata Anwar pada Majlis Ilmu Madani di Putrajaya, pada jumaat.

Majlis berkenaan menampilkan tokoh ilmuwan Islam terkemuka, Profesor Dr. Jasser Auda, yang berkongsi pandangannya tentang metodologi Maqasid Baharu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD