fb fb fb fb fb

Kerajaan Pulau Pinang salur sumbangan khas buat peniaga bazar Ramadan Perangin

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengedar 500 bungkusan bubur lambuk kepada pengunjung bazar Ramadan di Prangin Mall / Foto RTM

GEORGETOWN, 15 Mac - Cakna dengan nasib peniaga bazar ramadan, kerajaan negeri Pulau Pinang menyalurkan sumbangan sebanyak RM200 kepada semua peniaga bazar ramadan di Prangin Mall.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata sumbangan berkenaan bakal memanfaatkan 80 peniaga di lokasi tersebut.

"Pihak penganjur membuat permohonan. Jadi, kita hulurkan sumbangan kepada 80 peniaga untuk membantu kerana sedar mereka juga perlu membayar sewa bagi menjayakan bazar ini", katanya demikian selepas merasmikan bazar itu yang memasuki tahun ketiga penganjurannya di sini.

Bazar Ramadan itu bakal berlangsung dari 12 Mac hingga 9 April 2024.

Di majlis yang sama, Kon Yeow urut  mengedarkan lebih kurang 500 bungkus bubur lambuk kepada pengunjung bazar tersebut.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD