Kerajaan peruntuk tambahan RM5 juta kepada Zoo Negara

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 10 Januari – Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta bagi menambah baik pengurusan dan penyelenggaraan Zoo Negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM5 juta untuk Zoo Negara.
  • Peruntukan bertujuan menambah baik pengurusan dan penyelenggaraan zoo.
  • Keputusan dibuat susulan prestasi cemerlang dalam pemuliharaan hidupan liar.
  • Zoo Negara diiktiraf sebagai tarikan pelancongan dan pusat pendidikan mesra alam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu diluluskan susulan prestasi membanggakan yang ditunjukkan oleh Zoo Negara, khususnya dalam usaha pemuliharaan hidupan liar serta peranannya sebagai tarikan pelancongan dan pusat pembelajaran untuk semua peringkat umur.

“Bila saya datang dulu, saya umumkan RM5 juta tahun lalu untuk memberikan kemudahan dan penyediaan tambahan di Zoo Negara ini. Tahun ini saya luluskan RM5 juta untuk pengurusan mereka dan penyelenggaraan kawasan,” jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Konservasi Giant Panda di Zoo Negara, Kuala Lumpur, sambil menekankan kepentingan zoo sebagai pusat pendidikan dan pendedahan mesra alam kepada pelajar sekolah.