fb fb fb fb fb

Kerajaan peruntuk RM27.9 juta laksana projek pengairan di Sabah

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 19 Mac- Sejumlah RM27.9 juta diperuntuk bagi pelaksanaan projek pengairan di Sabah tahun ini.

Langkah jangka panjang itu sebagai usaha menangani impak musim panas dan kering terhadap aktiviti penanaman padi di negeri itu.

Jelas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, punca sumber air alternatif bagi pembinaan telaga tiub juga telah dikenal pasti.

"Terdapat dua projek dilaksana tahun ini dilaksana tahun ini upgrading word of tempasuk of skim dan pengairan tanah Tulipsok Keningau dengan jumlah kos projek sebanyak RM27.9 juta bagi sumber air alternatif beberapa cadangan pembinaan telaga alternatif telah dikenal pasti, Kg Bakahak, Kg Boguron, Kalibungan, Bambangan dan Surun,"katanya.

Datuk Seri Mohamad Sabu turut memaklumkan, beberapa langkah segera telah dilaksana di kawasan terjejas.

Ini termasuk, penyediaan pam air bergerak dan pembersihan parit di kawasan sawah.

Jawapan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah.

Sementara itu, Datuk Seri Mohamad menjelaskan, skim baharu berhubung sektor padi dan beras akan diumum dalam jangka masa terdekat.

Ini antara usaha kerajaan dalam menstrukturkan semula sektor itu.

Jelas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Sabu langkah itu sebagai usaha memastikan bekalan beras putih negara kekal stabil.

"Sebab itu libat urus intensif kita dah buat bersama persatuan petani dan peladang, semua itu kita akan umumkan dalam masa terdekat iaitu dalam dua atau tiga hari ini, satu skim baharu tapi jangka panjangnya itu lebih kepada penstrukturan semula beras dan padi,"katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang ingin tahu usaha kerajaaan dalam memastikan bekalan beras putih negara stabil.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE