fb fb fb fb fb

Kerajaan pertimbang tidak libatkan pelajar sekolah dalam PLKN 3.0

Kerajaan mempertimbangkan untuk tidak melibatkan pelajar sekolah dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) yang bakal diperkenalkan semula / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Mac - Kerajaan mempertimbangkan untuk tidak melibatkan pelajar sekolah dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) yang bakal diperkenalkan semula.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata perkara itu sedang dipertimbang untuk disesuaikan dengan peringkat umur peserta.

Beliau berkata, ketetapan mengenai peserta PLKN, masih dalam peringkat rundingan dan belum dimuktamadkan.

"Kita masih berunding, dia ada dua komponen latihan kenegaraan. Kurikulum untuk kenegaraan akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi kerana ia melibatkan elemen perpaduan dan sebagainya, itu kita beri perhatian. Bagi aspek ketenteraan pula memang akan dibuat Kementerian Pertahanan," katanya di Bangunan Parlimen pada Selasa.

Sebelum ini, kerajaan bercadang melaksanakan semula PLKN yang dimansuhkan pada 2018 menerusi dua fasa iaitu Fasa Pertama melibatkan pelajar tingkatan empat menerusi sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan (KPM) yang mempunyai kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap.

Program yang berasaskan 80 peratus latihan ketenteraan dan 20 peratus modul kenegaraan itu dijadual dilaksanakan tahun depan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN