fb fb fb fb fb

Kerajaan persekutuan teruskan projek bernilai RM12.5 juta di Santubong

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Oktober- 25 projek pembangunan yang mencecah perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM12.5 juta di Santubong diteruskan kerajaan persekutuan.

Projek cadangan tersebut merupakan usul semasa Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjadi ahli parlimen kawasan itu

Menurut Wan Junaidi, 19 daripada 25 projek itu terletak bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

Baki enam projek lagi, bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Bagaimanapun cadangan pelaksanaan projek berkenaan dirancang dengan teliti bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat selain memastikan ia siap mengikut jadual ditetapkan.

Dalam pada itu Wan Junaidi yakin Ahli Parlimen Santubong sekarang, Datuk Seri Nancy Shuki akan terus memantau pelaksanaan kesemua projek berkenaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI