fb fb fb fb fb

Kerajaan Perpaduan terus kekal, hormat keputusan PRU DUN ke-15 - PM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos- Semua parti, tidak kira menang atau kalah hendaklah mengeratkan silaturrahim demi keamanan dan kemajuan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) adalah keputusan rakyat dan perlu dihormati.

"Hormat dalam erti kata bersedia menerima keputusan dengan baik. Kalau ada permasalahan, perundangan atau protes, perkara itu dibuat mengikut jalur, hukum dan juga peraturan yang ditetapkan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," kata Anwar dalam sidang media di ibu negara.

(FOTO BERNAMA)

Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan akan terus kekal malah lebih kukuh dan bekerja keras selepas PRU DUN ke-15 ini.

"Kita akan terus bertungkus-lumus bekerja, berkhidmat sesuai dengan hasrat kita membangun Malaysia Madani dan dasar Ekonomi Madani yang telah kita tubuhkan baru-baru ini," jelasnya.

PRU DUN ke-15 menyaksikan gabungan PH-BN kekal mentadbir tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan manakala Perikatan Nasional (PN) kekal di Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Artikel Berkaitan
PH-BN kekal kuasa di Selangor menang 29 kerusi
PH terus teraju Pulau Pinang, PN kekal di Kedah
PAS pertahan kedudukan di Kelantan, Terengganu - SPR

 

Media Baharu