Kerajaan perluas senarai kedai SARA

Beberapa pelanggan di sebuah kedai runcit membeli barangan keperluan dengan menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah di kedai runcit / Foto BERNAMA

PASIR SALAK, 12 Januari – Kerajaan terus memperkukuh pelaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan memperluaskan senarai kedai runcit tempatan bagi membolehkan penerima menebus bantuan keperluan asas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan perluaskan rangkaian kedai runcit SARA untuk memudahkan penerima menebus bantuan keperluan asas.
  • Penambahan premis seperti KG Mart manfaatkan penduduk luar bandar dan kurangkan kos serta masa perjalanan.
  • Inisiatif sokong peniaga kecil tempatan dan merancakkan ekonomi setempat selaras aspirasi Malaysia MADANI.

Di Perak, KG Mart di Kampung Gajah kini disenaraikan sebagai premis menerima penebusan SARA, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk setempat, khususnya di kawasan luar bandar.

Pemilik KG Mart, Muhamad Amar Yasir Hawari, berkata pemilihan kedainya bukan sahaja membantu penerima bantuan, malah memberikan sokongan kepada peniaga kecil.

Bagi penerima SARA pula, penambahan kedai runcit tempatan memudahkan mereka mendapatkan barangan keperluan harian, terutamanya penduduk luar bandar yang sebelum ini terpaksa menempuh jarak jauh ke pusat bandar seperti Teluk Intan.

Penduduk menyifatkan inisiatif itu memudahkan pembelian barangan harian, mengurangkan kos dan masa perjalanan, serta memberi peluang menebus bantuan secara lebih kerap.

Kerajaan berkata usaha memperluaskan rangkaian kedai runcit SARA bukan sahaja meringankan beban rakyat, malah membantu merancakkan ekonomi peniaga kecil setempat, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat secara inklusif.