AYER KEROH, 31 Disember - Nasib 59 kakitangan pengurusan dan bahagian pemandu syarikat pengendali pengangkutan bas henti-henti di Melaka Panorama Melaka Sdn Bhd, mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan negeri.
Syarikat pengangkutan bas henti-henti itu ditutup berikutan tidak berdaya maju dan gagal mencatat keuntungan kerana pengurusan syarikat berkenaan tidak dapat dipulihkan.
"Ya.. sebuah syarikat yang tidak berdaya maju dalam resolusi yang dibuat dalam pelan maju jaya kita perlu tutup kerana kaedah pengurusan yang diwarisi kepada kita ini tidak dpat dipulihkan.
"Jadi kita ambil langkah baru kita ambil semula aset ini dan kita serahkan kakitangan kepada jabatan-jabatan tertentu dan kita mula agensi baru menguruskan panorama," kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka ke 15 di Seri Negeri, di sini.
Mengulas lanjut Ab Rauf berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk melestarikan pentadbiran pimpinannya.