fb fb fb fb fb

Kerajaan negeri bincang isu khemah di Telok Kemang

Isu berkaitan aktiviti perniagaan memasang khemah di sekitar Pantai Telok Kemang, Port Dickson, dijangka dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini / Foto Hiasan

SEREMBAN, 30 September – Isu berkaitan aktiviti perniagaan memasang khemah di sekitar Pantai Telok Kemang, Port Dickson, dijangka dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan dengan para pengusaha khemah di kawasan Pantai Telok Kemang.

“Mereka juga harus mematuhi undang-undang yang sedia ada. Terdapat hanya satu kawasan yang masih dalam perundingan. Ia bukan mudah, namun kerajaan negeri berpendirian bahawa daripada kita bermusuh, lebih baik kita cadangkan beberapa perkara. InsyaAllah, hujung tahun ini, kita akan selesaikan isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Townhall Sejahtera Waghih Negeri di Dewan Komuniti Taman Coral Sikamat, di sini.

Tambah Aminuddin, kerajaan negeri tidak boleh membuat keputusan tergesa-gesa kerana isu tersebut melibatkan mata pencarian penduduk setempat.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah melarang aktiviti perniagaan khemah di Pantai Saujana dan Pantai Cahaya Negeri.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN