Kerajaan minta konsesi tangguh kenaikan semakan semula kadar tol

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Februari– Kerajaan meminta syarikat konsesi untuk masih menangguhkan kenaikan semakan semula kadar tol bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata langkah itu membolehkan pengguna terus menikmati kadar tol sedia ada, tanpa sebarang kenaikan dalam masa terdekat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan meminta syarikat konsesi menangguhkan kenaikan semakan semula kadar tol untuk kurangkan beban kos sara hidup rakyat.
  • Penangguhan memastikan pengguna terus membayar kadar tol sedia ada tanpa kenaikan dalam masa terdekat.
  • Kerajaan menanggung kos yang sepatutnya dibayar pengguna; tol bukan diberikan secara percuma.
  • Langkah ini melibatkan beberapa lebuh raya termasuk SDE, LPT2, SKVE, LLB dan MEX.

“Kerajaan mengambil kira bahawa rakyat masih menghadapi pelbagai cabaran hidup serta kos sara hidup yang tinggi. Oleh itu, buat masa ini, kerajaan meminta syarikat-syarikat konsesi menangguhkan semakan kenaikan kadar tol,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pelan Tindakan Pembinaan 2026-2930 (CAP 30).

Tambah beliau, penangguhan berkenaan bukan bermakna tol diberikan secara percuma, sebaliknya kerajaan menanggung kos yang sepatutnya dibayar oleh pengguna.

Sebelum ini, kerajaan telah mengambil langkah proaktif menangguhkan kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya yang sepatutnya berkuat kuasa tahun lalu mengikut perjanjian konsesi asal.

Antara lebuh raya yang terlibat ialah Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.