
KUALA LUMPUR, 9 Mac – Kerajaan berjaya dalam rayuan mengetepikan perintah pembayaran tunggakan berjumlah RM1.7 bilion kepada lebih setengah juta pesara.
- Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan penyelarasan pencen berdasarkan pekeliling perkhidmatan 2016.
- Panel tiga hakim diketuai Datuk Lim Chong Fong memutuskan sebulat suara kerajaan tidak perlu membayar tuntutan.
- Hakim Azhahari menegaskan isu pelarasan pencen telah diputuskan Mahkamah Rayuan pada 2022 berkaitan kes Aminah Ahmad.
- Aminah memfailkan semakan kehakiman pada 12 Januari 2024 bagi dirinya dan mewakili 56 pesara.
Ia susulan keputusan Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini mengarahkan kerajaan menyelaraskan pencen bekas penjawat awam berdasarkan pekeliling perkhidmatan 2016.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Lim Chong Fong, bersama Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid memutuskan secara sebulat suara bahawa kerajaan tidak perlu membayar jumlah berkenaan.
Hakim Azhahari menegaskan isu pelarasan pencen telah diputuskan Mahkamh Rayuan pada 2022 berhubung saman pemula difailkan Aminah Ahmad, yang bersara sebagai penjawat awam di Kementerian Luar.
Aminah memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 12 Januari 2024 atas kapasiti beliau sendiri dan bagi pihak 56 pesara perkhidmatan awam.