fb fb fb fb fb

Kerajaan Melaka komited selesaikan masalah PPR Krubong

KRUBONG, 23 April- Kerajaan negeri Melaka serius memastikan masalah kerosakan terutama jubin lantai kalis air yang dialami penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR) Krubong sejak 2020 diselesaikan sepenuhnya tahun ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan , Saliran , Perubahan Iklim Dan Pengurusan Bencana , Datuk Rais Yasin berkata pada 2020 hingga 2022, Lembaga Perumahan Melaka (LPM) telah mengeluarkan kos lebih RM1.2 juta bagi membaiki kerosakan itu di 213 unit rumah di PPR berkenaan.

Untuk tahun ini pula, hampir RM500,000 diperuntukkan LPM untuk kerja-kerja pembaikan yang sama bagi 74 unit rumah lagi.

"Kita akan mengambil tindakan segera untuk membetulkan pengetahuan juga kerajaan Melaka melalui lembaga perumahan kita sentiasa memantau unit-unit yang rosak ini.

"Melalui aduan ada yang mungkin sudah melebihi lebih dua tahun tidak di perbaiki jadi insya Allah yang ini akan menjadi keutamaan kita untuk kita membetulkan semula unit-unit yang terlibat ini," katanya di sini.

Jelas Datuk Rais bagi menampung kos pembaikan di PPR dan Rumah Pangsa Awam di Melaka, LPM turut memohon peruntukan di bawah Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Secara keseluruhan sejak 2013 hingga 2022 sebanyak RM21.4 juta telah dibelanjakan LPM bagi kerja naik taraf dan menyelenggara PPR serta Rumah Pangsa Awam di seluruh negeri itu.

Ia termasuk kerja-kerja pembersihan, penyelenggaraan lif dan pemotongan rumput.

(Rais Yasin)

Media Baharu