fb fb fb fb fb

Kerajaan MADANI sokong penuh industri e-sukan- PM

Foto facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 September- Kerajaan MADANI menyokong penuh pembangunan industri e-sukan yang terus berkembang pesat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di facebook berkata kerajaan menantikan kemunculan lebih banyak pasukan e-sukan yang mampu bersaing hebat serta meraih pengiktirafan dunia.

"Pagi tadi saya telah menerima kunjungan hormat daripada pasukan E-Sukan Selangor Red Giants, yang telah mencipta sejarah dengan menjuarai Kejohanan Mid-Season Cup Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) 2024 di Esports World Cup yang berlangsung di Riyadh pada Julai lalu.

Beliau turut mengucapkan tahniah atas usaha gigih pasukan itu sehingga membuahkan kejayaan yang menjadi kebanggaan buat pasukan dan negeri Selangor serta melambangkan potensi anak muda Malaysia di pentas e-sukan antarabangsa.

"Semoga Malaysia dan Selangor Red Giants dapat melakar sejarah sekali lagi di Kejohanan Dunia MLBB M6 yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada akhir tahun ini, Insya-Allah", katanya.

 

ROSLINA BINTI DIN