fb fb fb fb fb

Kerajaan Madani julang nama Malaysia di peringkat global - Zambry

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

KUALA LUMPUR, 4 Disember- Kerajaan Madani telah berjaya meletakkan Malaysia di persada antarabangsa dan meningkatkan keyakinan di peringkat global.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kementeriannya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membawa ruang dan peluang kepada ekonomi Malaysia melalui kehadiran mereka di pentas antarabangsa.

"Pertama adalah untuk meletakkan Malaysia sebagai negara yang dihormati. Keduanya, bagaimana kita ingin membawa ruang dan peluang ekonomi yang sebaiknya ke Malaysia.

Ketiga, bagaimana Malaysia perlu kembali menjadi wakil kepada pelbagai isu yang wujud di dunia khususnya negara berkecuali, negara selatan dan juga OIC," kata Zambry kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam program Bicara Naratif di Angkasapuri Kota Media.

Dalam setahun pentadbiran Kerajaan Madani, dilihat kekuatan ekonomi Malaysia kembali pulih dan Malaysia dihormati di peringkat luar negara.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM