IPOH, 8 Julai- Kerajaan MADANI perlu bekerja keras demi menyelamatkan negara daripada terus dibelenggu isu rasuah, perkauman dan sentimen agama.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agenda digitalisasi yang sedang dijalankan ketika ini tidak boleh direalisasikan sekiranya perkara itu tidak ditangani
"Negara ini mesti melindungi kepentingan semua, dan kita tidak boleh berjaya jika kita membuang masa membincangkan perkara ini.
"Kita sedang memasuki era baharu iaitu digital menerusi Kecerdasan Buatan (AI).
"Kita perlu memberikan yang terbaik untuk anak-anak.. mereka memerlukan komputer ('gadget') yang baik, guru yang baik, jika tidak mereka akan diketepikan..dan anak-anak kita bermaksud semua bangsa, mereka adalah masa depan kita.
"Itu harapan saya. Kita kena selamatkan negara ini daripada pemimpin tamak yang selama ini mencuri wang negara..kita harus menyelamatkan negara ini daripada fanatik perkauman dan agama," katanya ketika berucap pada Program Santai Bersama Komuniti India Parlimen Tambun di sini.