Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Kerajaan akan terus memberikan komitmen bagi memastikan keharmonian dalam kepelbagaian kekal menjadi teras kemajuan negara, selain memperkukuh ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan berkomitmen memelihara keharmonian dalam kepelbagaian sebagai teras kemajuan negara.
  • Kerajaan akan memperkukuh ekonomi demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.
  • Kerajaan MADANI melangkah ke hadapan bersama rakyat dengan keyakinan dan harapan baharu.

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan melangkah ke hadapan penuh keyakinan bersama-sama rakyat dalam menyambut harapan baharu pada tahun ini.

“Inilah komitmen Kerajaan MADANI untuk Malaysia. Selamat Tahun Baharu!,” katanya.