fb fb fb fb fb

Gariskan tujuh matlamat, kerajaan komited realisasikan visi Ekonomi Madani - Ahmad Zahid

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menjadi tetamu program Bicara Naratif Khas di Angkasapuri)

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Kerajaan komited untuk merealisasikan visi Ekonomi MADANI, Memperkasa Rakyat dengan menggariskan tujuh matlamat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia adalah untuk menjadikan Malaysia antara 30 ekonomi terbesar dunia, seterusnya menduduki tangga ke-12 dalam Daya Saing Global serta tangga ke-25 teratas dunia dalam Indeks Pembangunan Manusia.

"Di samping soal menangani persepsi dan kadar rasuah dan juga mahu menyantuni defisit dari segi belanjawan di mana kita lihat bahawa perimbangan belanjawan itu mesti ditangani iaitu pendapatan negara dan perbelanjaan yang akan dibentangkan untuk tempoh tahun hadapan dan tahun- tahun mendatang," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program Bicara Naratif Khas dengan topik 'Senada Memperkasa Ekonomi Madani' di Angkasapuri.

Ujarnya lagi, kerajaan turut bermatlamat meningkatkan bahagian pendapatan pekerja kepada 45 peratus serta kadar penyertaan tenaga buruh wanita mencapai 60 peratus.


(FOTO HIASAN/ BERNAMA)

Media Baharu