fb fb fb fb fb

Kerajaan komited basmi miskin tegar- Rafizi

Rafizi berucap pada pada Simposium Kebangsaan 2024 : Menoktah Kemiskinan di Putrajaya / FOTO RTM

PUTRAJAYA, 30 September- Kerajaan komited untuk memperhebat usaha membasmi kemiskinan tegar selaras prestasi ekonomi negara yang sihat. 

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan juga akan memastikan tidak ada yang tertinggal, seiring dengan kerangka Ekonomi MADANI.

Jelasnya, negara akan terpisah antara golongan semakin kaya dan golongan yang semakin miskin walaupun angka pertumbuhan ekonomi negara nampak baik 

"Pertumbuhan ekonomi yang positif, inflasi yang stabil, pasaran saham terbaik di rantau ini dan mata wang ringgit yang semakin mengukuh menunjukkan kita berada di landasan yang tepat dalam mengendalikan ekonomi negara.

"Namun begitu, seperti yang saya kata tadi, itu menjadi ingatan kepada kita terutama pembuat-pembuat dasar dalam kerajaan agar tiada siapa dipinggirkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Simposium Kebangsaan 2024 : Menoktah Kemiskinan di Putrajaya hari ini.

Tambahnya, kerajaan terus fokus bagi memastikan kemajuan dapat dinikmati oleh semua pihak terutamanya golongan memerlukan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE