KUALA LUMPUR, 4 Mac -Kerajaan sedang mengkaji kembali Dasar 1% pengisian Orang Kurang Upaya (OKU) dalam sektor perkhidmatan awam.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, langkah tersebut bertujuan bagi menambah baik dari segi pelaksanaan memandangkan penglibatan golongan terbabit dalam sektor awam tidak memenuhi sasaran 1% seperti yang ditetapkan ketika ini
Namun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa turut tidak menafikan pencapaian Dasar berkenaan turut menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun
"Terdapat enam jawatankuasa yang menggalas tanggungjawab bagi memperkasa golongan OKU. Dasar 1% Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam kepada OKU diselia oleh salah satu daripada enam jawatankuasa ini, iaitu Jawatankuasa Pekerjaan yang dipengerusikan oleh Kementerian Sumber Manusia, atau akronim baharunya, KESUMA.
"KESUMA dibantu JPA, SPA, dan SPP dalam jawatankuasa tersebut", katanya demikian ketika menjawan soalan Ahli Parlimen Arau, Datuk Sri Dr. Shahidan Kasim di Parlimen hari ini.
Tambah Zaliha, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga sedang menjalankan Kajian kepuasan bekerja dalam kalangan Penjawat Awam OKU.
Antara cabaran utama mereka hadapi sepanjang perkhidmatan termasuklah keupayaan dalam menyesuaikan diri, tertekan dengan tuntutan kerja serta penerimaan Ketua Jabatan dalam menyediakan sokongan dan kemudahan OKU.
Sementara itu, mengulas tentang peluang golongan OKU bagi menyertai sektor kemahiran TVET pula, Zaliha berkata, kerajaan sentiasa komited untuk melihat keperluan dan kepentingan penjawat awam OKU mengikut kesesuaian.
"Semua dasar-dasar yang berkaitandengan OKU ini kita akan dan sedang diteliti bagi penambahbaikan.
"Begitu juga dalam bidang TVET, perniagaan dalam talian dan sebagainya.
"Itu,kita boleh lihat walaupun di luar bidang kuasa penjawat awam", kata Zaliha di Parlimen.