fb fb fb fb fb

Kerajaan hormati kebebasan media

FOTO HIASAN / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 November - Kerajaan menegaskan tidak akan menekan atau mengambil tindakan terhadap organisasi media walaupun tidak bersetuju dengan laporan yang diterbitkan, selaras dengan komitmen menghormati kebebasan media di negara ini.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, prinsip kebebasan media dihormati, namun ia perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berlandaskan etika kewartanan profesional.

“Jadi walaupun ada artikel atau kandungan yang kita kurang setuju, kita menyatakan pendirian kita dan tidak semestinya perlu memanggil mereka untuk rekod kenyataan setiap kali.

"Saya rasa itulah perbezaan paling besar antara Kerajaan MADANI dengan pihak di sebelah sana,” ujarnya.

Beliau menegaskan, pendekatan kerajaan kini berbeza dengan amalan sebelum ini kerana Kerajaan MADANI memilih untuk menyatakan pendirian secara terbuka tanpa menyekat kebebasan media, ketika menjawab soalan tambahan wakil Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE