Kerajaan guna pelbagai indikator nilai ketidaksamarataan pendapatan

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Februari – Malaysia menunjukkan penurunan yang konsisten dalam jurang agihan pendapatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan memantau jurang agihan pendapatan menggunakan pelbagai indeks dan petunjuk ekonomi.
  • Pekali Gini turun kepada 0.390 pada 2024 menunjukkan jurang pendapatan semakin mengecil.
  • Analisis juga menggunakan Indeks Theil untuk memecah ketidaksamarataan dalam dan antara kumpulan.
  • Indeks Theil pendapatan isi rumah kasar menurun daripada 0.303 kepada 0.287 antara 2022 dan 2024.

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata ia berdasarkan pelbagai indeks dan petunjuk ekonomi.

Berdasarkan statistik terkini Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2024, menunjukkan pekali Gini menurun kepada 0.390 mata pada 2024 berbanding 0.404 mata pada tahun 2022.

“Ini selari dengan trend jurang agihan pendapatan yang semakin mengecil. Pekali Gini ini merujuk kepada pengukuran pemusatan pendapatan menggunakan keluk Lorenz.

“Namun untuk mendapatkan analisis yang lebih komprehensif, kerajaan turut meneliti Indeks Theil yang membolehkan ketidaksamarataan dihuraikan kepada komponen dalam kumpulan dan antara kumpulan,” katanya.

​Datuk Mohd Shahar berkata demikian ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

​Beliau berkata, perbandingan Indeks Theil antara tahun 2022 dan 2024 menunjukkan penurunan ketara bagi pendapatan isi rumah kasar, iaitu daripada 0.303 kepada 0.287, yang menggambarkan pengurangan ketidaksamarataan merentas pelbagai kategori pendapatan.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan