fb fb fb fb fb

Kerajaan cadang mahu bina lebih banyak Anjung Kasih di setiap hospital

(Datuk Seri Nancy Shukri melawat Pusat Jagaan Damai Permai yang terletak di Bertam Pulau Pinang hari ini/FOTO KPWKM)

SEBERANG PERAI, 17 Julai - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang akan menyediakan lebih banyak Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di seluruh negara, kata Menteri KPWK Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata pembinaan Anjung Kasih itu sebagai penginapan sementara kepada waris dan keluarga yang menerima rawatan di hospital.

"Memang ada perancangan untuk semua hospital (diwujudkan Anjung Kasih). Cadangan itu hanya akan dapat direalisasikan bergantung kepada kemampuan YKN dan sumbangan penderma dalam menyediakan kemudahan tempat penginapan kepada pesakit kurang berkemampuan.

"Malah kita mahu perbesarkan tempat penginapan itu di Anjung Kasih yang sempit di beberapa tempat," katanya selepas merasmikan Anjung Kasih Hospital Seberang Jaya, di sini hari ini.

Setakat ini, terdapat 18 buah hospital di seluruh negara telah mempunyai Anjung Kasih yang memanfaatkan seramai 89,864 penghuni sejak ia mula beroperasi secara berperingkat pada 2006.



Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata Anjung Kasih Hospital Seberang Jaya kini mempunyai 72 katil keseluruhan yang di bahagikan kepada 6 bilik keluarga.

Selain itu, bilik Anjung Kasih turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) bilik rehat, bilik mandi, ruang pantri, ruang mencuci pakaian dan lain-lain yang dikira lengkap sebagai tempat penginapan ala hotel tiga bintang untuk waris-waris.

Anjung Kasih merupakan tempat penginapan sementara yang selesa, selamat dan percuma untuk pesakit atau pewaris yang kurang berkemampuan.

Penginapan sementara itu bagi pewaris menjaga keluarga yang menerima rawatan di hospital kerajaan.

Media Baharu