fb fb fb fb fb

Keputusan SPMU 2024 diumum 1 Oktober ini

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024 akan diumumkan pada 1 Oktober ini / Foto Hiasan / Bernama

PUTRAJAYA, 24 September - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024 akan diumumkan pada 1 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, seramai 8,195 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU Tahun 2024 di 187 pusat peperiksaan di seluruh negara.

"Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2024 secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my bermula pukul 10 pagi pada 1 Oktober sehingga 6 petang 7 Oktober," menurut KPM menerusi kenyataan.

Selain itu, calon juga boleh menyemak keputusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMU<NoKP><AngkaGiliran> dan menghantar ke 15888.

"Perkhidmatan SMS akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 1 Oktober hingga 6 petang pada 7 Oktober," menurut KPM.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN