fb fb fb fb fb

Keputusan Mahkamah Tinggi tidak jejas kuasa pengampunan Institusi Diraja

FOTO BERNAMA

PUTRAJAYA, 23 Disember - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak mengurangkan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu atau Yang di-Pertua Negeri dalam hal pengampunan.

Sehubungan itu, dakwaan kononnya keputusan mahkamah menjejaskan kuasa Institusi Diraja adalah tidak benar dan bercanggah dengan alasan penghakiman.

Menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC), mahkamah menegaskan kuasa pengampunan kekal sebagai prerogatif YDPA di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, namun pelaksanaannya perlu dibuat melalui Lembaga Pengampunan.

AGC menjelaskan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 menunjukkan isu tahanan rumah tidak pernah dibincangkan atau diputuskan, sebaliknya hanya melibatkan pengurangan hukuman penjara dan denda sebanyak 50 peratus.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi memutuskan titah tambahan berkaitan tahanan rumah tidak dibuat mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

AGC turut mengingatkan semua pihak agar tidak membuat tafsiran mengelirukan yang boleh menggugat ketenteraman awam serta menghormati proses undang-undang.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello