fb fb fb fb fb

Keputusan kajian skim saraan penjawat awam turut terpakai kepada ahli politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan pengunjung di Restoran Nasi Kandar Pelita, di Desa Sri Hartamas hari ini / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Januari- Sebarang keputusan berhubung kajian saraan perkhidmatan awam turut terpakai untuk ahli dan lantikan politik.

Perkara tersebut ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Namun perkara  itu akan dimuktamadkan  sebaik sahaja mendengar pandangan pelbagai pihak serta pandangan sudut Perlembagaan Persekutuan.

Tambahnya juga,  cadangan tersebut turut dipersetujui olehnya memandangkan beban kewangan dihadapi kerajaan bagi menampung tanggungan berpencen.

"Apa jua keputusan ditetapkan bagi penjawat awam akan terpakai juga kepada ahli-ahli politik.

"Kalau kita mula pada 1 Februari 2024, semua kemasukan baharu itu tidak berpencen, maka perkara itu juga sama untuk semua pelantikan baharu termasuk ahli politik,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa hampir 30 minit makan tengah hari di Restoran Pelita, Desa Sri Hartamas sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ubudiah, Bukit Segambut. 

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang juga Ahli Parlimen Segambut serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penjawat awam baru berstatus tetap tidak lagi bertaraf  berpencen, namun pelbagai pihak meminfa kerajaan  meneliti keputusan tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE