fb fb fb fb fb

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri mengenai GISBH disembah maklum kepada Sultan Selangor esok

FOTO FAIL

SELANGOR, 2 Oktober - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan disembah maklum berhubung keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), esok.

Perkara itu dimaklumkan Exco Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah.

Menurutnya keputusan sudah dicapai dalam mesyuarat berkenaan semalam dan ia akan disembah maklum kepada Sultan Selangor sebelum diwartakan.

Isnin lepas Jabatan Mufti Negeri Selangor telah bersidang bagi memutuskan persoalan berkaitan GISBH di negeri itu.

Sultan Selangor pada 20 September lalu menitahkan agar semua rumah amal dan sekolah bawah GISBH yang tidak berdaftar atau terlibat dengan kegiatan jenayah ditutup.

TETITIA YUSOFF