fb fb fb fb fb

Kepengerusian ASEAN 2025: Tindakan akan dibuat secara konsensus- PM

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Segala tindakan Malaysia tatkala mempengerusikan ASEAN pada tahun depan akan diputuskan secara konsensus, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia yang mengambil alih kepemimpinan ASEAN memilih tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ bagi mencerminkan aspirasi kemajuan bersama tanpa ada pihak yang tercicir.

“Tahun 2025 menandakan satu detik penting bagi ASEAN kerana kita akan meraikan ulang tahun ke-10 penubuhan Komuniti ASEAN dan memperkenalkan Wawasan Komuniti ASEAN 2045.

“Insya-Allah, Malaysia akan membawa ASEAN mengharungi masa depan dengan yakin, memperkukuh dan memperluas kerjasama ekonomi serantau termasuk menerusi penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC (Majlis Kerjasama ASEAN-Teluk) + China pada 2025.

"Lebih penting, ASEAN akan berpegang teguh kepada prinsip memelihara Asia Tenggara sebagai rantau yang aman dan makmur di bawah kepengerusian Malaysia. Mewakili Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya dengan penuh hormat mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan semua,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Anwar yang mengakhiri tugasan di Vientiane, Laos semalam mewakili Malaysia secara rasmi untuk menerima tugas selaku Pengerusi ASEAN 2025 pada Majlis Penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan dan Penyerahan Kepemimpinan ASEAN kepada Malaysia.

BERITA BERKAITAN: 

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM