JOHOR BAHRU, 15 Mac- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan notis JPJ (P) 22, terhadap tiga buah kenderaan di sebuah pusat memandu di Johor Bahru kerana kenderaan tersebut tidak menepati piawaian keselamatan jalan raya.
Bahagian Penguatkuasa JPJ Johor menerusi kenyataan berkata, antara kesalahan dikesan, adalah lampu brek kereta tidak berfungsi.
Turut dikeluarkan, dua notis PG1, iaitu Larangan Penggunaan Kenderaan dalam tempoh sepuluh hari.
Notis dikeluarkan menerusi Ops Kenderaan Institut Memandu (OKIM), selepas memeriksa 47 buah kenderaan di pusat memandu berkenaan.
Ia bagi memastikan institut memandu, tenaga pengajar dan kenderaan institut mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu.
Selain memastikan kenderaan institut berada dalam keadaan baik dan selamat semasa pembelajaran dan ujian memandu dijalankan.