fb fb fb fb fb

Kenderaan lucut hak, JPNT terima 15 buah kenderaan daripada polis Terengganu

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan ditemui pemberita pada Majlis Serah Terima Harta LucutHak JSJN Terenggganu, di sini

KUALA TERENGGANU, 14 Januari- 15 buah kenderaan terpakai diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) untuk program pembelajaran dan pengajaran di negeri itu.

Kenderaan berkenaan akan diagihkan kepada tujuh buah sekolah di bawah program kejuruteraan automotif.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata ke semua kenderaan itu dianggarkan bernilai RM100,000.

Daripada jumlah itu, 11 buah motosikal manakala selebihnya kereta terpakai yang dilucut hak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri.

Secara keseluruhannya 62 kenderaan dirampas sepanjang tahun lalu bernilai RM2.8 juta dan sebahagian besar rampasan melibatkan kes narkotik.

"Kesemua 62 kenderaan rampasan bernilai RM100,000. Namun, hanya 15 buah sahaja yang diserahkan kepada sekolah-sekolah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Selebihnya, kita akan buat lelongan awam pada 22 Februari ini. Kenderaan yang dilucut hak ini masih elok dan masih berada tahap baik selain mempunyai nilai tinggi di pasaran," kata Datuk Mazli pada Majlis Serah Terima Harta LucutHak JSJN Terenggganu, di sini.

Baki kenderaan akan dilupuskan melalui proses lelongan awam 22 Januari ini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM