fb fb fb fb fb

Kenaikan kadar cukai tambah nilai Arab Saudi, punca kos haji meningkat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 8 November- Kenaikkan kadar cukai tambah nilai  di Arab Saudi menjadi salah satu punca peningkatan kos mengerjakan haji

Kenaikkan ketara itu meningkat daripada 5% kepada 15%.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, Peningkatan kos haji juga tidak dapat dielakkan ekoran terdedah kepada faktor di luar kawalan Tabung Haji (TH).

Antranya kadar inflasi dan percukaian di Arab Saudi selain kadar tukaran mata wang ringgit Malaysia berbanding riyal dan dolar Amerika selain projek pembesaran yang berterusan di Makkah dan Madinah.

Bagi mengurangkan bebanan, TH terus memberi bantuan kewangan untuk jemaah haji yang layak melalui  Kos Haji, Kadar Bayaran Haji serta Bantuan Kewangan Haji.

"Terdapat juga caj-caj yang dikenakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi bagi pelbagai perkhidmatan yang disediakan untuk kebajikan dan keselesaan jemaah haji di Tanah Suci.

"Tabung Haji telah berusaha untuk mengawal peningkatan kos ini dengan memeterai beberapa perjanjian kontrak jangka panjang untuk penerbangan, penginapan, sajian makan dan beberapa perkhidmatan di Arab Saudi dengan cara ini, harga dapat ditetapkan untuk satu tempoh masa dan tidak dinaikkan setiap tahun,"katanya.

Beliau menjawab pertanyaan yang dikemukan oleh Wakil Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli di Parlimen.

Sehingga kini, TH sentiasa peka dengan menyemak secara terperinci kos-kos menunaikan haji yang meningkat akibat peraturan dan cukai baru yang telah diperkenalkan Arab Saudi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE