fb fb fb fb fb

Kempen Pengiriman Poskad Khas, tanda sokongan terhadap warga Palestin

Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 18 Januari- Rakyat Malaysia boleh sama-sama turut serta dalam Kempen Pengiriman Poskad Khas sebagai tanda sokongan terhadap aspirasi dan impian warga Palestin.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi hantaran facebook mengajak rakyat negara ini mendapatkan Poskad Khas Palestin Merdeka di pejabat-pejabat Pos Malaysia berdekatan ataupun di laman sesawang Pos Malaysia Berhad.

Beliau berkata poskad dijual dengan harga RM6 untuk tiga keping dengan sekeping poskad pracetak, yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, turut disertakan.

ROSLINA BINTI DIN