fb fb fb fb fb

Kementerian Luar Negeri sedang pantau serangan kebakaran di Thailand

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 23 Mac- Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, sedang memantau perkembangan berikutan beberapa serangan kebakaran yang berlaku di Thailand.

Serangan kebakaran itu berlaku di Pattani, Yala, Narathiwat dan wilayah-wilayah di selatan Thailand pada awal pagi 22 Mac 2024.

"Menurut laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas kerana insiden ini.

"Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati selain mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Namun sekiranya rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan boleh menghubungi talian +(6674) 316 274 / +(6693) 6570707 atau menerusi e-mail, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI