fb fb fb fb fb

Kementerian Komunikasi kaji gubal Akta Muzik

Zaiton Sameon dan Fahmi Fadzil

AMPANG, 4 April- Kementerian Komunikasi sedang mengkaji untuk menggubal satu Akta Muzik bagi memastikan bidang seni itu mempunyai akta sendiri.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, penyanyi merupakan penyedia kandungan paling banyak bagi aspek penyiaran melibatkan medium radio dan televisyen, maka terdapat keperluan untuk meneliti akta berkenaan bagi memastikan kemampanan industri itu.

Selain itu, apa yang lebih penting adalah ia berfungsi untuk menjaga kebajikan golongan pemuzik.

“Saya lihat ada beberapa perkara asas yang perlu diperkukuh, pertama aspek literasi iaitu pemahaman perundangan kerana ramai artis-artis baru, bila mereka menandatangani kontrak ramai tak faham apa maksud kontrak tu.

“Bila saya bercakap dengan contohnya penyanyi Kaka Azraf, kesan daripada beliau dibuang daripada label (syarikat rakaman) cukup besar termasuk lagu-lagu yang pernah beliau nyanyikan, dan kesannya juga kepada royalti dan sebagainya.

“Jadi saya lihat sekiranya kita ada akta itu sendiri untuk muzik, setidak-tidaknya aspek ini boleh diketengahkan dan boleh jadi lebih sustainable atau mampan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menziarahi penyanyi veteran, Zaiton Sameon pada Program Ziarah Seni MADANI Finas 2024 di sini hari ini.

Terdahulu, Fahmi turut menziarahi pelakon dan pengarah Salehudin Ridzwan atau lebih dikenali sebagai 'Din Glamor' di kediamannya di Bukit Antarabangsa bagi program sama.

0404 FAHMI ZIARAH MADANI AKTA MUZIK 2
Fahmi Fadzil (tiga kiri) dan Din Glamor (dua kanan)

SITI AISHAH MD ISA