fb fb fb fb fb

Kementerian dan agensi NS diarah pantau projek berstatus prapelaksanaan

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun / Foto RTM

SEREMBAN, 19 Februari - Semua kementerian dan agensi pelaksana diarah memantau secara proaktif terhadap pelaksanaan projek dan program berstatus prapelaksanaan yang telah diluluskan menerusi Pelan Rancangan Malaysia (RM Ke-12) di Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak 280 projek dan program pembangunan telah diluluskan tahun ini oleh Kerajaan Persekutuan dengan kos keseluruhan RM9.94 billion.

"Kerajaan negeri melalui PPNNS  turut memandang serius isu projek pembangunan yang masih belum dilaksanakan di Negeri Sembilan.

"Meskipun telah lama diluluskan berdasarkan daripada data yang diperoleh daripada sistem MyProjek didapati 157 projek dengan kos keseluruhan RM4.49 bilion yang telah diluluskan masih berada di bawah status prapelaksanaan melibatkan pelbagai kementerian yang terlibat. Jadi 56 peratus masih prapelaksanaan", kata Aminuddin dalam sidang media sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan (MTPNG) Negeri Sembilan Bilangan 1 Tahun 2024, di Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di sini.

Jelasnya, ia perlu dilaksana dengan segera di dalam tempoh RM ke-12 yang bakal berakhir tahun hadapan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD