fb fb fb fb fb

Kembara Sains Borneo menjelajah ke 10 kawasan di Sabah dan lima di Sarawak

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Mohammad Yusof Apdal

KUALA LUMPUR, 24 Julai- Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi terus diperkasa bagi mendekati golongan sasar menerusi Kembara Sains Borneo (KSB) yang dilaksana melalui inisiatif Minggu Sains Negara (MSN) 2024 .

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, pelaksanaan KSB pada tahun ini melibatkan 10 kawasan di Sabah dan lima kawasan di Sarawak.

Menurut beliau, sepanjang pengembaraan KSB, pelbagai aktiviti dan program akan dilaksana bersama masyarakat setempat dalam membudayakan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE).

Program tersebut bakal mendorong pelajar dan golongan belia khususnya untuk lebih cenderung memanfaatkan STI bagi memenuhi keperluan pembangunan ekonomi negara.

"Satu masalah negara hadapi kurangnya pelajar yang cenderung kepada sains tapi harapan kita melalui pendekatan program STI MOSTI ini kita dapat membantu dalam usaha memastikan rakyat setempat ambil peluang, tingkatkan fahaman dan tingkatkan ilmu dan seterusnya menjadi pengguna sains, inovasi dan teknologi yang boleh bantu pertumbuhan ekonomi negara kita,"katanya.

Kongsinya, pada tahun 2023, penganjuran MSN mencatat hampir 600,000 penyertaan seluruh negara.

Pihaknya komited meneruskan kejayaan itu secara lebih hibrid sepanjang tahun ini dengan menggunakan dua kaedah iaitu secara karnival dan aktiviti menerusi platform maya.

Yusof ditemui selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE